Program Back To School Beri Manfaat Kepada Murid Sekolah di Kota Tinggi

Program Back To School Beri Manfaat Kepada Murid Sekolah di Kota Tinggi

Sempena permulaan sesi persekolahan tahun 2023, KPT bersama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) telah menganjurkan program ‘Back to School’ di sini.

Program yang diadakan di SK Datuk Usman Awang ini telah memberi manfaat kepada 250 penerima yang terdiri daripada pelajar Prasekolah hingga Tahun 6 dari 16 buah Sekolah Kebangsaan di sekitar daerah Kota Tinggi.

Bantuan yang disampaikan oleh Encik Mohd Affendi Dullah, Pegawai Tugas-tugas Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi ini adalah sebagai motivasi kepada anak-anak untuk kembali ke sekolah dengan hati yang tenang dan gembira di samping dapat meringankan beban ibu bapa bagi menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2923
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 17:51:29.