Program Gotong-Royong Siswa Bersama Rakyat di Sepang dan Meru

Misi bantuan banjir diteruskan dengan lawatan YB Menteri ke Sepang dan Meru untuk menghadiri Program Gotong-Royong Siswa Bersama Rakyat.

Dalam program tersebut, YB Menteri meninjau aktiviti kesukarelawanan yang dilaksanakan oleh siswa-siswa dari beberapa universiti seperti UniSZA, Multimedia University (MMU) dan University of Cyberjaya (UoC) yang menyantuni para penduduk yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.

Selain itu, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan berbentuk barang-barang keperluan asas bagi meringankan beban para penduduk.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3800
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.