Program Industry On Campus Inisiatif Bawa Pelajar Rasai Persekitaran Sebenar Industri

Program Industry On Campus Inisiatif Bawa Pelajar Rasai Persekitaran Sebenar Industri

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Industry on Campus (IOC) dan Garis Panduan Kriteria Penarafan Berteraskan IOC, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Edisi 2023 yang berlangsung di Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG), disini.

IOC merupakan satu kolaborasi berpusat antara pelajar dengan industri bagi membawa persekitaran sebenar industri ke dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Pelaksanaan IOC bertujuan merapatkan jurang antara kehendak industri dengan sumber tenaga pekerja mahir yang diperlukan oleh negara.
Ini secara tidak langsung dapat mengekang lambakan pekerja asing di negara ini malah turut bertindak sebagai pembekal sumber tenaga mahir dan separa mahir ke negara luar yang memerlukan.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Seri KSU berharap agar JPPKK sentiasa melahirkan graduan yang terlatih dalam industri selari dengan ledakan teknologi baharu.

“Justeru, IOC dilihat mampu menterjemahkan potensinya dalam membangunkan keupayaan, inovasi dan keberkesanan sektor pendidikan tinggi melalui kolaborasi industri dan penerokaan ruang pendidikan yang anjal,” jelasnya.

Hadir sama YBrs. Dr. Haji Zahari Ismail, Ketua Pengarah JPPKK dan YBrs.Ts Khairul Anuar Ishak, Pengarah PMTG.

Majlis turut dihadiri rakan-rakan industri untuk turut menyaksikan perasmian Inkubator HH Production Studio serta Pelancaran Professional Competency Program (PCP) bersama Rakan Industri Flex-SMT dan PCIIM bagi program Professional Diploma in Surface Mount Technology dan Professional Certificate in Imaging Inspection Machine.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3799
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 30 Oktober 2024, 10:30:11.

logo-sirim