Program Khidmat Bakti KPT Prihatin di Batu Pahat

Program Khidmat Bakti KPT Prihatin di Batu Pahat

Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor terus menaburkan khidmat bakti kepada rakyat Johor hari ini.

Pagi tadi, YB Menteri telah turun padang untuk bersama-sama warga IPT menjayakan beberapa aktiviti CSR kepada warga Batu Pahat.

Antaranya, program CSR TVET POLYCC di Balai Islam Semerah yang menawarkan servis motosikal secara percuma melibatkan 50 orang pemilik telah dijayakan oleh tenaga pengajar dan pelajar dari Kolej Komuniti Pekan.

Di lokasi yang sama, pasukan Klinik Bergerak Hospital Canselor Tunku Mukhriz UKM turut menawarkan perkhidmatan kepada penduduk Semerah untuk mendapatkan konsultasi serta membuat saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula, kolestrol dan kadar oksigen dalam badan.

Turut hadir Ybhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Ekwan Hj Toriman, Naib Canselor UKM serta YBhg. Prof. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5200
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.