Program Khidmat Komuniti KPT Prihatin ke Dengkil, Selangor

30 Disember 2021

Program Khidmat Komuniti KPT Prihatin diteruskan dengan lawatan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ke kediaman staf-staf KPT yang terjejas akibat banjir di Dengkil, Selangor pada hari ini.

Beliau bersama sukarelawan KPT bergotong-royong membersihkan kawasan rumah serta membuang sampah sarap yang terkumpul sejak bencana ini melanda seminggu yang lalu.

Staf-staf yang terbabit ialah Puan Nadiah Mohamed Puad di Taman Jenderam Murni, En. Mohamad Tarmizi Ramlee di Kampung Jenderam Hilir, dan Puan Syahmun Mohd Khalil di Taman Desa Jenderam Hilir.

Beliau turut menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan harian untuk meringankan beban mereka.

Turut hadir bersama ialah Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4476
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.