Program MADANI Rakyat 2025: Tawau Jadi Lokasi Pertama Penganjuran

Program MADANI Rakyat 2025: Tawau Jadi Lokasi Pertama Penganjuran

Sabah menjadi lokasi pertama bagi pelaksanaan siri jelajah Program MADANI Rakyat 2025 tahun ini di Dataran Majlis Perbandaran Tawau selama tiga (3) hari bermula pada 9 hingga 11 Mei 2025.

Bertemakan `Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan', program yang diadakan di Negeri Sabah itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam menangani isu kemiskinan tegar secara mampan.

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Program Solar MADANI semasa Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2025.

Kerajaan MADANI telah memperuntukkan lebih RM350 juta bagi pemasangan dan penyelenggaraan lampu jalan di kampung-kampung demi menjamin keselamatan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman.

Selaras dengan prinsip ihsan, Kerajaan MADANI mengambil serius keperluan ini demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk. Projek rintis pemasangan 40 tiang lampu solar ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Kerajaan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan komuniti setempat.

Program ini bukan sahaja menjimatkan kos melalui penggunaan tenaga hijau, malah menggalakkan penyertaan komuniti dalam menjaga kemudahan awam, seterusnya memberi manfaat secara berterusan kepada seluruh penduduk.

Inisiatif ini menjimatkan kos, menggunakan tenaga hijau dan menggalakkan komuniti menjaga kemudahan demi manfaat bersama.

Antara lain, sebanyak 158 khemah jualan MADANI dan 36 reruai Kementerian menyampaikan pelbagai mesej dan memberi perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts Mustapha Sakmud dan Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim.

Sementara itu, YBhg. Datuk KSU turut berkesempatan untuk meluangkan masa ke reruai Pendidikan Tinggi serta reruai TVET, STEM/ AI. Beliau turut beramah mesra bersama petugas dan pengunjung yang hadir serta menyertai aktiviti bagi program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 336
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 16 Jun 2025, 06:58:06.

logo-sirim