Program SULUNG Bantu Generasi Pertama Keluarga B40 Lanjut Pengajian Ke Menara Gading

Program SULUNG Bantu Generasi Pertama Keluarga B40 Lanjut Pengajian Ke Menara Gading

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah menyempurnakan penyerahan surat tawaran Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) kepada dua orang pelajar di sini.

Pelajar yang dimaksudkan ialah Saudari Intan Nasuha Md Noh,19 tahun, yang berasal dari Kg Parit Lapis Maimon , Parit Sulong dan ditawarkan melanjutkan pengajian ke UKM dalam program Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan.

Sementara itu, seorang lagi pelajar ialah Saudari Nurul Aishah Mohd Dani, 19 tahun, dari Kg. Parit Bagan, Muar yang mendapat tawaran program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di UKM.

Program SULUNG ini merupakan inisiatif KPT untuk membantu generasi pertama dalam keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

Bantuan yang disalurkan termasuklah dari segi kemasukan, bantuan kewangan dan

bantuan mendapatkan pekerjaan apabila tamat pengajian nanti.

Turut hadir YBhg Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar), YBhg Prof Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBhg Prof Dato’ Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Naib Canselor UKM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5979
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.