Program Sumbangan Simpan SSPN kepada pelajar asnaf di Merbok, Kedah

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini menyempurnakan Program Sumbangan Simpan SSPN kepada pelajar asnaf di Merbok, Kedah.

Melalui program ini, seramai 50 orang pelajar asnaf dari sekolah rendah sekitar kawasan Merbok menerima sumbangan Simpan SSPN Prime dari PTPTN. Sumbangan ini yang juga selaras dengan aspirasi #KPTPrihatin, dilaksanakan melalui Wakalah Zakat Negeri Kedah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM5,000.00.

Hadir sama pada majlis ini ialah YBhg. Datuk Haji Annuar Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah KEDA, YB Datuk Rosni Sohar, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Encik Dasuki Majid, Ketua Eksekutif PTPTN dan YBrs Encik Khairil Azani Dato’ Haji Arzmi, Penolong Pegawai PPD Kuala Muda/Yan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6492
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.