Program Walkabout Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin di sekitar Kuala Terengganu

Program Walkabout Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin hari ini telah dilaksanakan di sekitar Kuala Terengganu bagi bertujuan untuk memperkasa kebajikan dan memupuk semangat kesukarelawan yang tinggi di kalangan warga IPT.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi turut menyertai program hari ini yang melibatkan enam orang pelajar daripada UniSZA, UMT dan UKM.

Para pelajar ini disantuni melalui penyerahan surat tawaran melanjutkan pengajian di universiti awam serta tawaran wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN

Mereka juga diberikan pelbagai sumbangan lain berupa bantuan pelan data, komputer riba, derma siswa, elaun wang saku dan sebagainya.

Semoga dengan sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban mereka dan juga meningkatkan motivasi untuk terus berjaya dalam pengajian masing-masing dan seterusnya mengubah nasib keluarga kelak.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6361
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.