Program Walkabout Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin di sekitar Negeri Perlis

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah meneruskan jelajah bagi Program Walkabout Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin di sekitar Negeri Perlis.

Dalam program ini, YB Menteri berkesempatan menziarahi dan beramah mesra bersama 5 orang pelajar daripada golongan B40 di kediaman masing-masing.

Turut diserahkan sumbangan seperti bakul makanan, pelan data, simpanan SSPN dan wang saku kepada para pelajar yang terlibat.

Diharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi semangat kepada para pelajar untuk terus melanjutkan pengajian.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3960
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.