Program World #Quranhour 2023@KPT

Program World #QUranhour 2023@KPT

Seksyen Pusat Sumber, Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada pagi ini telah menganjurkan Program WORLD #QuranHour 2023@KPT di Surau 'Ibadurrahman, KPT.

Penganjuran program secara tahunan ini adalah sebagai tanda sokongan KPT terhadap usaha mempromosikan budaya membaca Al-Quran khususnya dalam kalangan warga KPT.

“Memanusiakan Ummah” (Humanising Ummah) melalui surah Al-Insan telah dipilih sebagai tema pada tahun ini dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga dan memperkukuhkan gelombang gerakan ‘Baca, Faham dan Amal Al-Quran’ dalam kalangan masyarakat, termasuk warga KPT.

Antara pengisian program pada kali ini adalah Tazkirah Ramadan yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ariffin bin Ramdzan, Pegawai Hal-Ehwal Islam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN). Turut diadakan juga ialah sesi bacaan surah Al-Insan secara beramai-ramai dalam kalangan warga KPT.

Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (PP), YBrs. En. Fazli Said, SUB BKP dan YBrs. En. Mohammad Jusoh, Pemangku Pengerusi Surau 'Ibadurrahman KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1844
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.