Program Ziarah Kasih dan CSR TVET di Kg. Tenang

Program Ziarah Kasih dan CSR TVET di Kg. Tenang

Selepas itu, YB Menteri turut bersama para petugas kesihatan HPKK UKM untuk program Ziarah Kasih ke beberapa buah rumah pesakit terlantar di situ.

Tiga buah rumah telah dikunjungi dengan salah satunya merupakan rumah Abu Bakar Ithnin, 59, yang terlantar akibat kemalangan ke tempat kerja 8 tahun lepas.

Dengan program Ziarah Kasih, pesakit seperti Abu Bakar yang kehilangan upaya telah menerima pemeriksaan kesihatan dan rawatan yang diperlukan dari petugas kesihatan dari HPU KPT tanpa perlu ke klinik.

Selain itu, JPPKK turut menghantar sepasukan sukarelawan untuk membuat pemeriksaan elektrik di rumah Abu Bakar serta beberapa penduduk lain sebagai salah satu aktiviti CSR TVET PolyCC.

Jelajah Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor ini telah berjaya merakyatkan kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh kementerian melalui aktiviti-aktiviti khidmat bakti dengan segenap lapisan masyarakat.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5117
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.