Projek Gotong-Royong Pemasangan Lampu Solar oleh UniMAP

Projek Gotong-Royong Pemasangan Lampu Solar oleh UniMAP

Minggu kedua program KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor dimulakan dengan pelaksanaan aktiviti Projek Pemasangan Lampu Solar oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Parit Guntong, Batu Pahat, hari ini.

Program gotong-royong yang disertai oleh 21 orang siswa UniMAP itu turut dihadiri YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi. 10 unit lampu solar telah dipasang di perkarangan Dewan Bestari Permata Jauhar yang digunakan oleh komuniti setempat bagi melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan riadah.

Selain itu, sebanyak 6 unit lampu solar juga akan dipasang di Kampung Abdul Salam, Batu Pahat pada keesokan harinya.

Pada majlis yang sama, YB Menteri turut melakukan upacara simbolik menanam pokok mempelam harumanis yang disumbangkan oleh UniMAP. Sebanyak 60 pohon telah dibawa dari negeri Perlis dan ditanam di sekitar kawasan tersebut.

Sebelum pulang, YB Menteri meluangkan masa menyertai permainan woodball bersama siswa-siswi dan penduduk setempat di halaman dewan.

Hadir sama YBhg. Prof. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6844
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.