Projek RMK-12: TKSU Dasar Diberi Taklimat Penambahbaikan Rumah Di Taman Siswa UUM

Usai program Kembara Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian telah turut dibawa meninjau kawasan Taman Siswa, Jitra di mana ia merupakan penginapan awal pelajar ketika UUM ditubuhkan di Tanah Merah.
Dato’ Dr. Megat Sany telah menerima taklimat mengenai skop projek RMK-12 RP5 2025 Taman Siswa yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrasturktur (JPPI), Mohd Suhaili Rejab dan Arkitek, Ismadi Yaacob.
UUM telah menerima peruntukan sebanyak RM27 juta bagi dua projek iaitu pembaikan rumah satu tingkat, surau dan dewan serba guna termasuk infrastruktur awam serta pembaikan rumah dua tingkat dan infrastruktur awam. Projek itu juga dijangka bermula pada April 2025 dengan tempoh projek selama dua tahun enam bulan.
Turut serta, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed serta Pengarah Pusat Penginapan Pelajar (SAC), Ahmad Mujahid Abd. Ghani.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 132