Pusat Penyelidikan Langkawi UKM Terajui Inisiatif Pembangunan Lestari Komuniti

Pusat Penyelidikan Langkawi UKM Terajui Inisiatif Pembangunan Lestari Komuniti

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkesempatan melawat Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia (PPL UKM), sempena lawatan kerja beliau ke Langkawi hari ini.

Lawatan ini menyerlahkan komitmen Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkasa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai peneraju pembangunan lestari berteraskan ilmu dan komuniti.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor dalam ucapan alu-aluannya menegaskan komitmen UKM dalam memperkukuh penyelidikan yang lestari dan inklusif, dengan PPL menjadi contoh kejayaan kerjasama universiti, komuniti dan industri demi manfaat masyarakat.

Terdahulu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad pada pagi tadi telah dimeterai bagi memperkukuh kerjasama dalam pelancongan berasaskan ilmu, latihan komuniti serta pemuliharaan alam sekitar.

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud turut meninjau pameran komuniti yang mengetengahkan hasil penyelidikan dan kolaborasi antara PPL UKM dan komuniti setempat.

Beliau turut menyifatkan inisiatif seperti yang digerakkan oleh PPL UKM ini sebagai model terbaik keterlibatan IPT dalam transformasi komuniti secara holistik dan mampan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 198
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 16 Jun 2025, 06:58:06.

logo-sirim