QS Quacquarelli Symonds Akui Kualiti IPT Malaysia

QS Quacquarelli Symonds Akui Kualiti IPT Malaysia

Sebelum berlepas ke Turki bagi meneruskan lawatan kerja rasminya, delegasi Malaysia yang diketuai oleh YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan perbincangan bersama QS Quacquarelli Symonds di pejabatnya, di sini.

Jessica Turner, Pengasas QS Quacquarelli Symonds telah memberi taklimat mengenai peranan QS dalam sektor pendidikan tinggi global sebagai penyedia perkhidmatan analitik dan cerapan terkemuka dunia. Umum mengetahui bahawa QS World University Rankings (WUR) kini menjadi sumber data perbandingan yang paling popular di dunia bagi mengukur prestasi universiti.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak berbincang mengenai pencapaian keseluruhan IPT Malaysia; di mana 24 daripadanya telah tersenarai dalam penarafan ranking QS WUR 2023 buat pertama kalinya tahun ini.

Pihak QS juga memberi beberapa saranan bagaimana untuk mencapai kriteria yang ditetapkan oleh QS dengan lebih berkesan serta bidang-bidang yang perlu diberi fokus bagi membolehkan universiti-universiti lain turut mempunyai peluang untuk disenaraikan.

Penilaian QS WUR adalah berdasarkan kepada enam petunjuk prestasi utama iaitu reputasi akademik (40%), reputasi majikan (10%), nisbah pelajar:pensyarah (20%), nisbah sitasi:pensyarah (20%), pensyarah antarabangsa (5%) dan pelajar antarabangsa (5%). Sistem ranking ini menilai dalam tiga bidang utama iaitu impak penyelidikan, pengajaran dan pengantarabangsaan.

{gallery}hebahan/sorotan_aktiviti/2022/06/2022-06-14-qs/gallery}
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4550
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.