Raja Permaisuri Agong Terima Menghadap Menteri Pendidikan Tinggi

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di Istana Negara, petang semalam.
YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry telah mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda berkenaan perkembangan sektor pendidikan tinggi negara dan usaha memperkasakannya termasuk hal terkaitan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Turut mengiringi adalah Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; serta Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UTM, Tan Sri Azman Mokhtar.
Kredit Foto: Istana Negara
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 121