Rangkuman Hari ke-2 KPT di Jelajah AKM Sabah

Rangkuman Hari ke-2 KPT di Jelajah AKM Sabah

YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, telah meninjau para sukarelawan program khidmat bakti JPPKK sempena Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia Sabah pagi tadi.

Program yang dianjurkan di Kolej Komuniti Penampang itu merangkumi dua aktiviti iaitu kursus pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan pembaikan asas motosikal untuk masyarakat di kawasan sekitar.

Semangat KPT Prihatin #KeluargaMalaysia turut di pamerkan oleh Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan terus menawarkan kepakaran perubatan mereka melalui program khidmat bakti yang melibatkan saringan kesihatan, pergigian dan konsultasi kepada para penduduk Kg. Serusup di daerah Tuaran.

Di situ, YBhg. Dato' Shaharudin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Dasar Strategik KPT serta YBhg. Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Naib Canselor UMS telah turun padang untuk bermesra dengan para penduduk kampung.

Malah, hari kedua penyertaan KPT dalam Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia Sabah di SICC terus mendapat sambutan meriah rakyat Sabah yang terus mengunjungi reruai bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pendidikan tinggi dari PTPTN, MQA, JPT serta pameran inovasi UMS.

Mari #KeluargaMalaysia Sabah datang ke SICC bagi memeriahkan lagi Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia Sabah yang akan melabuhkan tirainya esok.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5314
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.