Republik Azerbaijan Dan KPT Perluas Kerjasama Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

Republik Azerbaijan Dan KPT Perluas Kerjasama Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Jawatankuasa Negara Peringkat Kerja dengan Diaspora daripada Republik Azerbaijan, TYT Dr. Fuad Muradov dan Duta Besar Republik Azerbaijan ke Malaysia, TYT Irfan Davudov berserta delegasinya pada pagi ini.

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan untuk meluaskan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi di antara Malaysia dan Republik Azerbaijan. Antara yang dibincangkan adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menarik minat dan meningkatkan kemasukan pelajar-pelajar daripada Republik Azerbaijan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Malaysia.

Delegasi juga turut dibawa melawat Universiti Putra Malaysia (UPM) sejurus tamat kunjungan hormat bersama YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia menjalinkan kerjasama dengan Republik Azerbaijan melalui mobiliti pelajar, pertukaran ahli akademik, kerjasama industri dan pelbagai lagi.

Turut hadir semasa sesi kunjungan hormat ini adalah Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Pengarah Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Haji Shushilil Azam Shuib. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 885
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 02:56:33.

logo-sirim