Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67: Malaysia Madani: Jiwa Merdeka Dirai Meriah

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67: Malaysia Madani: Jiwa Merdeka Dirai Meriah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPBYDA), Sultan Ibrahim yang diiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah telah berkenan bercemar duli berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang telah diadakan di Putrajaya pagi tadi.

Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Timbalannya, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud turut sama hadir ke acara tersebut.

Kira-kira 100,000 hadirin telah membanjiri Dataran Putrajaya untuk menyaksikan upacara perarakan yang telah dijayakan oleh sekitar 17,000 peserta kontinjen daripada kementerian dan agensi kerajaan, pasukan keselamatan dan badan beruniform, serta wakil dari syarikat-syarikat swasta.

Ruang angkasa Putrajaya turut gemuruh pagi tadi apabila para hadirin termasuk para kenamaan telah dipersembahkan dengan pertunjukan udara yang telah mempamerkan gabungan formasi oleh pelbagai agensi penguatkuasa negara.

Sambutan tahun ini telah disemarakkan lagi dengan semangat dan kesungguhan para pengunjung yang hadir dari serata Malaysia.

Kami, seluruh warga Kementerian Pendidikan Tinggi turut sama ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-67 kepada semua rakyat Malaysia. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 975
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 10:01:10.

logo-sirim