Sambutan Hari Wanita KPT Meriah

Sambutan Hari Wanita KPT Meriah

Kementerian Pendidikan Tinggi tidak melepaskan peluang merai dan menghargai para pegawai dan kakitangan wanita sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023, hari ini.

Bertempat di lobi KPT, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak, Ketua Setiausaha merangkap Penasihat PUSPANITA cawangan KPT bersama-sama YBhg. Datin Seri Arida Abdul Razak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPT telah mengedarkan coklat sebagai simbolik sambutan tersebut yang bertemakan Kasih Wanita.

Selain itu, pelbagai pengisian istimewa telah diatur pada hari ini seperti tawaran diskaun 25 peratus bagi pembelian minuman di Gloria Jeans Coffee, sesi cabutan bertuah SSPN Prime, pertandingan mewarna doodle, serta kuiz hari wanita.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2122
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.