Satu Sesi Menandatangani Perjanjian Supply Agreement with Renewable Energy (SARE) di antara Tenaga Nasiona Berhad, GSPRAX Berhad dan Universiti Putra Malaysia (UPM)

6 Januari 2022

Satu sesi Menandatangani Perjanjian Supply Agreement with Renewable Energy (SARE) di antara Tenaga Nasiona Berhad, GSPRAX Berhad dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia bagi penjanaan projek “Rooftop Solar Photovoltaic (PV)” telah diadakan di Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia.

Projek solar terapung Hidroponik Aquavoltaic Bersepadu Skala Besar Pertama (First Large Scale Integrated HydroponicAquavoltaic) ini akan memanfaatkan sebanyak 50 hingga 60 peratus penjimatan bil elektrik. Usaha ini akan mengekalkan kelestarian sumber kewangan di samping menyokong inisatif yang telah digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah menyaksikan sesi menandatangani perjanjian tersebut oleh Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan, Ketua Pegawai Retail TNB mewakili TNB, GSPARX sebagai Pelabur PV Solar Berdaftar (RPVI) dan Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5316
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.