Seminar Perancangan Strategik KPT 2022 telah melabuhkan tirai dengan majlis penutupnya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Seminar Perancangan Strategik KPT 2022 telah melabuhkan tirai dengan majlis penutupnya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Seminar Perancangan Strategik KPT 2022 telah melabuhkan tirai dengan majlis penutupnya disempurnakan oleh YB Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini.

Dalam ucapannya, YB Senator Dato’ Dr Ahmad Masrizal yakin KPT mampu mempergiatkan usaha untuk melonjakkan kecemerlangan program-program bitara bagi tahun 2022 serta meningkatkan imej pendidikan tinggi negara.

Beliau turut berharap seminar ini bukan sekadar merencanakan strategi tetapi juga dapat diterjemahkan kepada tindakan dan penyampaian yang berkesan oleh warga KPT.

Menurut beliau, semua perancangan ini hendaklah disusuli dengan pelan tindakan yang komprehensif dan holistik khususnya bagi program bitara yang telah dikenal pasti.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6336
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.