Seminar Perancangan Strategik KPT Cadang Program Berimpak Tinggi Tahun 2023

Seminar Perancangan Strategik KPT Cadang Program Berimpak Tinggi Tahun 2023

YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah menyempurnakan Majlis Penutup Seminar Perancangan Strategik KPT yang berlangsung selama tiga hari mulai 8 Mac lalu di sini.

SPS KPT 2023 pada kali ini telah dihadiri seramai 105 orang peserta terdiri daripada pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan kementerian, jabatan dan agensi-agensi di bawah KPT bagi membentangkan pencapaian tahun 2022, di samping mendengar perancangan SKT untuk tahun ini.

Dalam SPS KPT kali ini, setiap sektor/jabatan/agensi turut diminta untuk mencadangkan program-program yang menjadi keutamaan dan boleh diangkat sebagai Program Berimpak Tinggi bagi tahun 2023.

Program Berimpak Tinggi adalah program-program yang dijajarkan kepada empat Teras Strategik KPI MADANI Anggota Jemaah Menteri dan dokumen-dokumen strategik sama ada di peringkat nasional seperti dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 dan Bajet 2023, atau dokumen dasar peringkat KPT seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM(PT) dan Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia (PTPTM) 2022-2025.

Para peserta turut mencadangkan beberapa program baharu yang diaspirasikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi melalui beberapa siri ucapan beliau bermula daripada Perutusan Tahun Baharu 2023.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3240
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.