Sesi Kunjungan Hormat UUM Kepada TKSU(Dasar) KPT

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) pada petang ini yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, YBrs. Prof. Dr. Russanyani Ismail dan para delegasinya.
Sesi kunjungan ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan projek di UUM selain mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan daripada pihak KPT agar dapat melancarkan pelaksanaan projek di UUM tersebut.
Turut hadir di pihak KPT ialah wakil daripada Bahagian Pembangunan, KPT.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 242