Sesi Libat Urus Menteri Pengajian Tinggi bersama Ketua Eksekutif dibawah Program CEO@KPT anjuran Kementerian Pengajian Tinggi

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hari ini meneruskan sesi Libat Urus Menteri Pengajian Tinggi bersama Ketua Eksekutif dibawah Program CEO@KPT anjuran Kementerian Pengajian Tinggi.

Dalam siri kedua program tersebut, tetamu beliau pada satu majlis Hi-Tea di sebuah hotel di Kuala Lumpur ialah YBhg. Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi syarikat Ikhlas Capital, sebuah firma ekuiti.

Program ini juga disertai oleh pelajar-pelajar dari UiTM, UM, UPM dan UKM.

Program ini bertujuan menghimpunkan Ketua Eksekutif atau CEO dan pemain industri terkemuka tempatan dan antarabangsa di Malaysia untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan pelajar dan komuniti universiti.

Dengan merapatkan jurang swasta-awam dan mengukuhkan hubungan industri-akademik, Kementerian berharap dapat meningkatkan penawaran universiti dan inisiatif pemindahan pengetahuan dengan industri.

Yang hadir ialah YBrs. Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi dan YBhg. Prof. Dato’ Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5918
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.