Sesi Penyerahan Surat Penempatan dari KSU kepada Pengarah AKEPT

Hari ini telah diadakan sesi penyerahan surat penempatan dari Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT kepada Prof. Dato Dr. Nasrudin Mohamed sebagai Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang berkuatkuasa pada 30 Ogos lalu.

Prof. Dato Dr. Nasrudin Mohamed, memiliki ijazah Ph.D daripada Cardiff University, United Kingdom, manakala kedua-dua Ijazah Sarjana (SEA Studies) dan Sarjana Muda daripada Universiti Malaya.

Beliau telah berkhidmat selama 34 tahun di UiTM: enam kampus iaitu UiTM Perak, Sabah, Sarawak, Shah Alam, Kedah dan Negeri Sembilan. Beliau pernah memegang jawatan pentadbiran sebagai Dekan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Rektor UiTM Negeri Sembilan dan juga Pegawai Khas Naib Canselor.

Kepakaran beliau meliputi Pentadbiran Awam, Sains Politik, Kepemimpinan, Pendidikan, dan

Pembinaan Institusi. Selain menjalankan penyelidikan dan menulis pelbagai buku dan penerbitan, beliau juga merupakan kolumnis isu-isu semasa di media massa.

Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada Prof. Dato Dr. Nasrudin Mohamed dari seluruh warga KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 10185
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.