Sesi Perjumpaan KSU KPT Bersama Pelajar Malaysia Tajaan KPT Di London

Sesi Perjumpaan KSU KPT Bersama Pelajar Malaysia Tajaan KPT Di London

Dalam sesi lawatan kerja di London, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut berkesempatan bertemu dengan lebih daripada 300 orang pelajar yang telah dijemput dari seluruh United Kingdom pada Majlis Hari Raya Madani yang dianjurkan oleh Pejabat Education Malaysia London.

Melalui sesi ini, para pelajar yang hadir telah mengambil peluang untuk berbincang bersama YBhg. Dato' Seri KSU mengenai perkara-perkara berkaitan pembelajaran mereka di United Kingdom seperti kenaikan elaun, kebajikan, tempoh pembelajaran, pembangunan profesionalisme dan lain-lain kemudahan yang disediakan oleh KPT.

Turut hadir dalam majlis ini juga ialah YBhg. Prof. Dato' Md. Amin Md. Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); YBhg. Prof. Dr. Fadzli Adam, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1362
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.