Sesi Tele-Sidang Video Inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian Antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dan YB Dato Sri Reeza Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan telah menghadiri Sesi Tele-Sidang Video Inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian Antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan. Sesi ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama KPT dan KBS dalam memperkasakan golongan belia dan graduan Institusi Pendidikan Tinggi terutamanya yang berkenaan Belia, Sukan dan TVET. Turut hadir dalam sesi tele-sidang video tersebut adalah Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Prof Dato Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KBS dan pegawai-pegawai kanan KPT dan KBS.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8534
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.