Sesi YAB Perdana Menteri Bersama Sukarelawan Keluarga Malaysia

31 Disember 2021

Seramai 120 orang sukarelawan KPT yang diketuai oleh YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT menghadiri Sesi YAB Perdana Menteri Bersama Sukarelawan Keluarga Malaysia yang diadakan di Dataran Masjid Putra, Putrajaya pagi ini

Skuad Keluarga Malaysia telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Oktober lalu bagi menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan kepada rakyat yang memerlukan di seluruh negara.

YAB Perdana Menteri menyerahkan T-Shirt dan topi kepada para sukarelawan yang akan berlepas ke lokasi banjir di seluruh negara bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir sejak seminggu yang lalu.

Turut hadir KSN dan KPPA

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6066
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.