Skuad #KPTCakna Mulakan Misi Bantuan

Skuad #KPTCakna Mulakan Misi Bantuan

Skuad #KPTCakna telah tiba di Sekolah Kebangsaan Seri Pandan tengah hari tadi untuk memulakan misi bantuan pasca banjir Batu Pahat.
Sekolah tersebut telah menjadi Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang menempatkan lebih 150 buah keluarga dari 11 buah kampung di sekitar kawasan Parit Raja.

Para sukarelawan #KPTCakna telah bergotong royong untuk membersihkan kawasan sekolah meliputi kelas, kantin, dewan dan beberapa fasiliti lain yang terjejas dek air bah tempohari.

Selain itu, delegasi KPT yang dibantu oleh warga kampung dan kakitangan SK Seri Pandan turut mengagihkan barangan keperluan asas kepada mangsa-mangsa yang terkesan.

Warga KPT seterusnya turut dijamu dengan pelbagai juadah yang telah disediakan secara beramai-ramai oleh warga kampung sekitar.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1644
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 11:52:58.