SofBoD Perkukuh Jaringan Kerjasama Strategik Dan Memperkasakan Kepimpinan LPU Mengenai Tadbir Urus Universiti Awam

SofBoD Perkukuh Jaringan Kerjasama Strategik Dan Memperkasakan Kepimpinan LPU Mengenai Tadbir Urus Universiti Awam

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini telah merasmikan Program Suai Tugas Strategik Ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam (Strategic Onboarding for Board of Directors - SOfBoD) di Dewan Za’ba, KPT, Putrajaya.

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan kepimpinan Universiti Awam dan juga sebagai usaha untuk mengharmonikan peranan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Universiti.

Melalui ucapannya, YB Menteri telah menekankan empat (4) peranan dan tanggungjawab utama Pengerusi dan ahli LPU iaitu :

1. Pengerusi dan ahli LPU adalah wakil Kerajaan dan kepentingan awam dalam IPTA.

2. LPU sebagai instrumen semak dan imbang yang sangat penting.

3. LPU mesti menggunakan pengalaman, pengaruh dan kepelbagaian jaringan mereka untuk melonjakkan prestasi universiti; dan

4. LPU mesti menjadi pihak paling bermaklumat, paling berpengalaman dan paling terkini melalui pelbagai latihan dan program pembangunan kapasiti.

Dalam majlis yang sama, YB Menteri turut melancarkan Modul Vice Chancellor Executive Coaching (VCEC) sebagai garis panduan kepada coach dalam mengendalikan sesi coaching kepada Naib Canselor yang dipilih.

Turut hadir, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi; YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT; YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) KPT; YBhg. Dato' Prof. Dr. Nasrudin Mohammed, Pengarah AKEPT; YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor Hj. Mahfar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam; Pengerusi-Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam dan Naib-Naib Canselor Universiti Awam.
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2309
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.