SULUNG Bantu Pelajar B40 Ke Menara Gading

SULUNG Bantu Pelajar B40 Ke Menara Gading

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia atau SULUNG memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.
Program yang dipelopori Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi itu dianggap sebagai unik kerana ia bukan sahaja memberi laluan pelajar ke universiti awam tetapi mereka turut ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan mentoring sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.
Pada hari ini, YB Menteri telah membuat lawatan ke rumah dua orang pelajar dan menyerahkan surat tawaran Sulung kepada mereka.
Muhammad Hariz Haikal Azhari yang berasal dari Kampung Parit Kangkar Ayer Hitam, menerima surat tawaran bagi mengikuti program Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa di UniMAP.
Seorang lagi pelajar ialah Lee Woon Chong dari Taman Berlian, Kluang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke UTM dalam bidang Sarjana Muda Perakaunan.
Penawaran program Sulung ini adalah selaras dengan manifestasi dan komitmen kerajaan bagi terus memperkasa golongan yang memerlukan khususnya B40 untuk mendapatkan akses pendidikan tinggi.
Turut hadir, YBhg Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg Prof Datuk Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg Prof Dr Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3588
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.