Tahniah kepada Pemenang Anugerah Akademik Negara ke-14

YAB Perdana Menteri telah menyampaikan anugerah kepada 7 pemenang kategori Majlis Anugerah Akademik ke-14 (AAN-14) sambil disaksikan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi di Hotel Sama-Sama malam tadi.

Berikut adalah senarai nama-nama pemenang yang telah diumumkan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM merangkap Pengerusi JK Pemilih AAN-14:

1. Anugerah Tokoh Akademik Negara

i. Profesor Emerita Datuk Dr. Asma binti Ismail (USM)
ii. Academician Professor Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohamad Yusoff (UPM)

2. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk

i. Prof. Ir. Dr. Noor Azuan bin Abu Osman (UM)

3. Anugerah Seni dan Kreativiti

i. Dr. Rosdeen bin Suboh (UM) untuk Kelompok Seni Persembahan

4. Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal

i. Prof. Dr. Fredolin Tangang @ Tajudin bin Mahmud (UKM) untuk Bidang Sains
ii. Prof. Dr. Nor 'Aini binti Yusof (USM) untuk Bidang Sains Sosial dan Sastera

5. Anugerah Pengajaran

i. Prof. Madya Ir. Dr. Zahiraniza binti Mustaffa (UTP) untuk Kelompok Kejuruteraan
ii. Dr. Prasanna a/p Ramakrisnan (UiTM) untuk Kelompok Sains Gunaan

6. Anugerah Ahli Akademik Harapan

i. Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Arif Anuar bin Mohd Salleh (UniMAP)
ii. Prof. Ts. Dr. Mohd Hafiz Dzarfan bin Othman (UTM)

7. Anugerah Penerbitan Buku

i. Dr. Sr Zuraini binti Md Ali (UM)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 9345
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.