Taklimat bersama Delegasi Malaysia yang turut serta pada Ekspo 2020 Dubai

Bersempena Minggu Pendidikan Ekspo 2020 Dubai yang akan bermula hari ni, YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Delegasi mengadakan satu taklimat akhir bersama wakil 34 delegasi Malaysia yang turut serta pada Ekspo 2020 Dubai malam tadi. Ketua Delegasi telah menyampaikan amanat dan ekspetasi beliau kepada semua delegasi Malaysia dan mengharapkan agar penyertaan semua delegasi ke Minggu Pendidikan ini dapat meningkatkan lagi keterlihatan jenama pendidikan Malaysia ke pasaran global dengan mempamerkan kelebihan Malaysia sebagai destinasi pendidikan pilihan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2174