Terima Kasih Orang Ganu

Terima Kasih Orang Ganu

Selesai sudah Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia Terengganu setelah 3 hari berkampung di Kompleks Sukan Negeri Terengganu bermula dari 2 hingga 4 Jun 2022.

Majlis penutupan JAKM Terengganu telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri pagi tadi.

Penyertaan kali ini telah memberi peluang kepada pelbagai jabatan dan agensi di bawah KPT untuk turun padang mempromosikan perkhidmatan, pemeriksaan kesihatan, produk, inovasi serta kepakaran kepada masyarakat di negeri ini.

KPT turut menaburkan khidmat bakti sekitar Terengganu dengan pelbagai projek kemasyarakatan melalui program outreach Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menawarkan kepakaran mereka untuk dikongsi bersama rakyat.

Selain itu, JPPKK turut mengadakan program outreach PolyCC seperti perkhidmatan pembaikan asas motosikal dan kursus pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat selama 3 hari di Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

Selain itu, pengisian seperti pemeriksaan kesihatan percuma oleh Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), demonstrasi TVET, persembahan kesenian dan sesi-sesi perkongsian telah turut memeriahkan atur cara penyertaan KPT di JAKM Terengganu kali ini.

Sehingga bertemu lagi, trime ksih Orang Ganu!!!

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4966
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.