Timbalan Perdana Menteri Lawat ‘MOHE Pavilion’, Tinjau Produk Inovasi IPTA Di LIMA’25

Timbalan Perdana Menteri Lawat ‘MOHE Pavilion’, Tinjau Produk Inovasi IPTA Di LIMA’25

Pada pagi tadi juga, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah berkesempatan meluangkan masa melawat ‘MOHE Pavilion’ sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25).

Disambut oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, beliau telah dibawa meninjau reruai pameran yang disertai oleh Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dari seluruh negara.

Lawatan ini memberi peluang kepada YAB Timbalan Perdana Menteri untuk melihat dengan lebih dekat hasil penyelidikan dan inovasi yang dibangunkan oleh warga akademia tempatan dalam bidang teknologi maritim, aeroangkasa, pertahanan serta kecerdasan buatan (AI). 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 177
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 16 Jun 2025, 06:58:06.

logo-sirim