TKSU D Ketuai Delegasi Malaysia Di World Digital Education Conference (Wdec 2025), Wuhan, China

TKSU D Ketuai Delegasi Malaysia Di World Digital Education Conference (Wdec 2025), Wuhan, China

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) telah menyertai WDEC 2025 yang berlangsung di Wuhan, China dari 14–16 Mei 2025. Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar).

Bertemakan “Pembangunan dan Transformasi Pendidikan: Era Kecerdasan”, persidangan ini menghimpunkan lebih 115 organisasi dari 43 negara bagi berkongsi idea mengenai AI, teknologi pendidikan (EdTech) dan masa depan pembelajaran.

Penyertaan Malaysia mencerminkan komitmen negara terhadap pendidikan tinggi yang bersedia menghadapi masa depan — selari dengan aspirasi Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025-2035 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Bersempena dengan WDEC 2025, Malaysia turut menyertai China–ASEAN Education Ministers Dialogue pada 15 Mei 2025. Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menegaskan semula komitmen terhadap kerjasama serantau dalam bidang pendidikan digital dan mengumumkan mengenai penganjuran ASEAN Higher Education Ministers’ Roundtable di Malaysia pada tahun 2025— satu inisiatif baharu untuk memperkasa inovasi, mobiliti dan daya tahan pendidikan tinggi di rantau ini.

Bersama-sama negara-negara anggota ASEAN dan China, Malaysia komited dalam membina ekosistem pendidikan masa depan yang saling berhubung, inklusif dan dipacu oleh kemajuan teknologi digital. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 148
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 16 Jun 2025, 06:58:06.

logo-sirim