TKSU (D) Sampaikan Surat Tawaran Program Siswa Sulung

TKSU (D) Sampaikan Surat Tawaran Program Siswa Sulung

YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT yang mewakili YB Menteri Pengajian Tinggi telah menyerahkan Surat Tawaran Program Siswa SULUNG kepada dua orang bakal pelajar ijazah sarjana muda Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini hari ini.

Dua orang pelajar tersebut iaitu Nur Amira Izzaty bt Ahmad Shofi dan Muhammad Akmal Daniel bin Mohamad Kamal telah menerima surat tawaran mereka di kediaman masing-masing di Mergong dan Changlun.

Nur Amira akan menyambung pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Elektronik, manakala Muhammad Akmal pula dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Turut hadir YBhg. Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP, serta pegawai kanan KPT dan UniMAP.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4310
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 16 April 2024, 08:56:15.