TKSU (Dasar) KPT Buat Lawatan Kerja Ke UITM Sarawak

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian telah membuat lawatan kerja rasminya ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak.
Beliau telah disambut oleh Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa Mohamadin yang menjalankan fungsi Rektor serta Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, UiTM Sarawak bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Sarawak.
Dalam pertemuan tersebut, pihak universiti turut membentangkan taklimat mengenai perkembangan semasa dan status projek-projek yang sedang dijalankan di kampus tersebut.
Sewaktu menyampaikan ucapannya, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany menyentuh tentang komitmen KPT untuk terus menyokong usaha pembangunan UiTM Sarawak dalam memperkukuh kecemerlangan akademik serta prasarana kampus.
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara pihak universiti dan kementerian dalam merealisasikan matlamat pendidikan tinggi negara.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata sebelum beliau dibawa melawat sekitar kampus bagi meninjau kemudahan dan infrastruktur terkini.
Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara KPT dan UiTM dalam usaha memartabatkan pendidikan tinggi di Malaysia, khususnya di Sarawak.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 472