TKSU (PP) KPT Hadir Majlis Stellar Highlights, Rai Mahasiswa Baharu Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah UM

TKSU (PP) KPT Hadir Majlis Stellar Highlights, Rai Mahasiswa Baharu Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah UM

Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Pengurusan dan Pembangunan (PP) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Mohamad Azhan Md Amir pulang ke alma mater, Universiti Malaya (UM) malam semalam bagi menjayakan majlis Stellar Highlights anjuran Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (KK3).

Majlis Stellar Highlights dianjurkan bagi meraikan 496 orang mahasiswa UM baharu yang terpilih mendiami KK3 bagi kemasukan kali ini untuk duduk bersama para tokoh alumni kolej kediaman tersebut untuk mengutip kisah kejayaan dan pengalaman hidup mereka.

Selain itu, majlis itu juga merupakan sebahagian daripada objektif Minggu Haluansiswa Sesi 2024/2025 UM yang telah dirancang agar mahasiswa baharu dapat menyesuaikan diri mereka dengan kehidupan baharu di UM.

TKSU (PP) bersama alumni yang lain termasuklah Setiausaha Dewan Rakyat, Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat, Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin telah disambut oleh Naib Canselor UM, Dato' Seri Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman serta Pengetua KK3, Prof. Madya Dr. Roshidah Hassan. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 443
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 30 Oktober 2024, 10:30:11.

logo-sirim