TKSU(PP) Teruskan Agenda Lawatan Pemantauan Pelaksanaan Projek Di Bawah KPT
Selanjutnya, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Pengurusan dan Pembangunan (PP) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Encik Mohamad Azhan Md. Amir meneruskan sesi lawatan pemantauan pelaksanaan projek di bawah KPT.
Diiringi Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan KPT Puan Azlinda Azman, beliau telah dibawa memantau sekitar Politeknik Kota Kinabalu (PKK) bagi tujuan pemerhatian projek baik pulih 129 unit kuartes PKK di bawah senarai projek baik pulih dan penyenggaraan bangunan pejabat dan Kuartes agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2024.
Seterusnya, lawatan pemantauan diteruskan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi melihat sendiri operasi tubewell khusus membekalkan air ke kolej kediaman pelajar.
TKSU(PP) juga turut berkesempatan beramah mesra dengan pelajar kolej kediaman UMS dan bertanya khabar mengenai keperluan air sekiranya mencukupi di kolej kediaman masing-masing.
Terdahulu, melalui dana yang disalurkan daripada YAB Perdana Menteri dan KPT yang mampu mengeluarkan bekalan air sehingga 1 juta liter sehari dibina bagi mengurangkan kesan kepada pelajar semasa gangguan bekalan air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).
KPT sangat prihatin dan berusaha untuk memastikan pelajar-pelajar UMS mendapat bekalan air mencukupi bagi kegunaan harian.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 801