UM, UMT Terima TNC (Akademik Dan Antarabangsa) Baharu
Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) masing-masing pada siang tadi telah menerima pelantikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang baharu.
Untuk UM, Prof. Dr. Hasniza Zaman Huri telah dilantik ke jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang baharu berkuat kuasa mulai 20 Januari 2025.
Beliau merupakan Dekan Fakulti Farmasi UM sejak tahun 2019 dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Clinical Pharmacy and Pharmacogenomics dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011.
Untuk UMT pula, Prof. Dr. Suriyani Muhamad telah turut menerima surat pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang baharu berkuat kuasa 19 Januari 2025.
Beliau memiliki latar belakang akademik dalam bidang ekonomi dan merupakan Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial UMT semenjak tahun 2022.
Pelantikan kedua-dua Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM dan UMT ini adalah bagi tempoh dua (2) tahun.
Kementerian yakin dengan pelantikan mereka ini akan terus memperkasa pembangunan akademik dan agenda pengantarabangsaan di kedua-dua buah universiti berkenaan.
Sesi penyerahan watikah pelantikan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman di pejabatnya tengah hari tadi.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 176