UMS Terima Agihan Zakat MUIS

UMS Terima Agihan Zakat MUIS

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima agihan zakat harta berjumlah kira-kira RM770,000 daripada Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bersempena Program Sungkai Perdana UMS petang semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud serta Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan telah hadir mengiringi Yang Di-Pertua Negeri Sabah, TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Hj. Aman bagi menyaksikan upacara penyerahan sumbangan tersebut yang disampaikan oleh wakil MUIS, Wan Mohd. Zakri Wan Yaacob kepada Naib Canselor UMS, Datuk Prof. Dr. Kasim Hj. Mansor.

TYT Tun Musa juga turut berbesar hati menyampaikan bantuan zakat kepada lapan (😎 orang pelajar UMS sebagai sebahagian daripada usaha membantu golongan asnaf di situ.

Agihan zakat harta bagi tahun 2024 ini merupakan hasil Memorandum Perjanjian (MoA) yang telah dimeterai pada tahun 2022, bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar dan kakitangan UMS yang berkeperluan.

Ini merupakan tahun ketiga UMS menerima manfaat daripada agihan tersebut dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada tahun lalu sebanyak RM1.5 juta.

Dalam majlis tersebut, TYT Tun Musa turut merasmikan fasiliti baharu untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Masjid UMS sebagai komitmen universiti menyediakan kemudahan yang inklusif kepada semua warganya.

Seterusnya, TYT YDP Negeri Sabah dan YB Timbalan Menteri telah berbuka puasa bersama-sama kepimpinan universiti, kakitangan serta pelajar. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 380
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 23 Jun 2025, 10:08:34.

logo-sirim