University Of Nottingham Malaysia Tekad Kukuhkan Pendidikan Tinggi Negara

University Of Nottingham Malaysia Tekad Kukuhkan Pendidikan Tinggi Negara

Usai penyerahan watikah naik taraf Universiti Geomatika, YB Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi University of Nottingham Malaysia (UNM) di sini pagi tadi.

Delegasi UNM yang diwakili oleh Prof. Sarah Metcalfe, Provos interim merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, serta Naib Canselornya, Prof. Shearer West hadir untuk membentangkan hala tuju serta sasaran bagi memperkukuhkan lagi kredibiliti mereka dalam sektor pendidikan tinggi Malaysia.

UNM turut mendapatkan pandangan serta syor daripada YB Menteri berkaitan cabaran dan isu seputar pendidikan tinggi bagi memantapkan lagi tatacara pengoperasian sedia ada mereka.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1111
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.