USIM Raikan Jubli Perak: Lahir Lebih 37,000 Alumni

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraikan sambutan Jubli Perak sempena ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menyaksikan lebih 37,000 alumni mencorak pelbagai sektor profesional di dalam dan luar negara.
Lebih cemerlang, universiti yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) sejak penubuhannya pada tahun 2,000, kini mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan mencecah 97.6% pada tahun 2024 antara yang tertinggi di negara ini.
Ia pastinya hasil usaha bersama lebih 1,848 warga kerja universiti untuk memastikan kemenjadian lebih 14,000 pelajar termasuk lebih 700 pelajar antarabangsa dari lebih 30 negara pada ketika ini.
Sambutan yang berlangsung dengan satu majlis penuh istiadat di Dewan Tuanku Canselor, USIM pagi tadi itu diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Turut hadir Pro-Canselor USIM, YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz serta Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud.
Majlis itu turut menyaksikan menyaksikan pelancaran dua penerbitan buku “25 Tahun USIM” dan “USIM Blueprint Islamic Finance” sebagai dokumen strategik ke arah menjadikan USIM sebagai “power house” kewangan Islam di Malaysia dan rantau ini.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 189