USM Perluas Sayap ke Benua Eropah, Tawar Program Offshore

USM Perluas Sayap ke Benua Eropah, Tawar Program Offshore

Sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Turki, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah dibawa melawat European Global School University (EGS) hari ini.

EGS telah menandatangani perjanjian bersama Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menubuhkan kampus offshore USM di Turki pada 28 Januari lalu.

Dalam lawatan ini, YB Menteri telah diberi taklimat oleh Dr. Nour El Hoda Awada, Presiden EGS Turki mengenai Program Offshore USM-EGS yang menawarkan lebih daripada 30 program termasuk ijazah sarjana muda dan pasca siswazah dalam bidang kejuruteraan, sains pergigian, sains farmaseutikal, pengajian perniagaan, sains sosial, pengajian islam, dan bahasa kepada teknologi pendidikan.

Ketika ini, sebanyak 18 program PhD, 15 program Sarjana Sastera / Sarjana Sains dan 1 Program Ijazah Sarjana Muda juga telah berjaya diluluskan.

Program Offshore USM-EGS ditubuhkan untuk memudahkan pelajar dari rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara untuk belajar di Istanbul, Turki. Setakat ini, seramai 36 pelajar telah pun memohon untuk mengikuti program ini.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5919
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.