UTM Muncul Juara Robocon Malaysia 2022

UTM Muncul Juara Robocon Malaysia 2022

Pertandingan ROBOCON Malaysia 2022 yang berlangsung selama 4 hari ini bermula 2 Jun sehingga 5 Jun telahpun melabuhkan tirainya dengan kemenangan diungguli oleh Pasukan UTM B, Universiti Teknologi Malaysia sebagai Johan ROBOCON Malaysia 2022. Pasukan ini membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, pingat, trofi dan sijil penyertaan. Pasukan ini jua akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa ABU ROBOCON yang akan diadakan New Delhi, India pada Ogos 2022.

Naib Johan pula dimenangi Pasukan UTM B dan tempat ketiga dimenangi oleh di Pasukan USM, The Apex Team. Hadiah pemenang-pemenang ROBOCON Malaysia 2022 telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dengan diiringi YBhg. Dato’ Prof. Dr. Faizal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor USM.

Majlis Perasmian Penutupan ROBOCON Malaysia 2022 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi secara maya di Kompleks Sukan Azman Hashim, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Turut hadir dalam majlis perasmian penutup tersebut ialah, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timb. Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Prof. IR Dr. Robiah Yunus, Timb. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik) JPT, YBrs. Puan Norfadzilah Hashim, Pengarah Penyiaran Pulau Pinang, YBhg. Prof. Dr. Azlinda Azman, Timb. Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USM, pegawai-pegawai kanan KPT dan USM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5845
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.