Wacana Membangun Malaysia Madani Lonjakan Baru Buat Negara
YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah menghadiri sidang Wacana Membangun Malaysia Madani yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi.
Forum tersebut telah membincangkan berkenaan visi dan kerangka agenda pembangunan negara menerusi konsep Madani yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim tempohari.
Barisan panel membicarakan topik tersebut termasuklah YAB Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman, Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan, YBhg. Prof. Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty, Presiden Kolej Dar al-Hikmah, dan YBhg. Prof. Dr Haslinda Abdullah, Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 3786