Wacana Minda: Reformasi Model Pembiayaan Institusi Pengajian Tinggi Awam

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Perasmian Wacana Minda: Reformasi Model Pembiayaan Institusi Pengajian Tinggi Awam di sini, semalam.
Majlis ini merupakan kolaborasi antara Universiti Malaysia Sabah (UMS), Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Institute for Development Studies (IDS) Sabah bagi menghimpunkan tokoh pemikir, pemimpin akademik serta pembuat dasar.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk memfokuskan perbincangan bagi merangka pendekatan pembiayaan IPTA yang lebih cekap, lestari dan mampan.
Di samping itu, majlis ini turut menjadi salah satu landasan strategik dalam menyokong matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi (PPTM) 2025–2035.
Dalam pada itu, majlis ini menampilkan tiga (3) sesi utama yang merangkumi:
Sesi 1 : Strategi Pembiayaan Inovatif untuk Kelestarian IPT;
Sesi 2 : Pengantarabangsaan & Teknologi untuk Daya Saing & Penjanaan IPT
Sesi 3 : Makmal Hidup & TVET Pemacu Kelestarian Kewangan IPT
Turut dihadiri, barisan tertinggi pengurusan Universiti Awam (UA) dari seluruh negara termasuk Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar dan Bendahari universiti-universiti awam.
Majlis ini diakhiri dengan Majlis Makan Malam dan Penutupan sebagai penghargaan kepada para peserta dan penceramah jemputan atas sumbangan idea dan komitmen dalam memperkukuh lanskap pembiayaan pendidikan tinggi negara.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 97